PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA
Pertandingan secara dalam talian.
Pertandingan secara dalam talian.
OBJEKTIF PROGRAM * Menggalakkan integrasi seni ilustrasi dan teknologi AI. * Meningkatkan pemahaman penggunaan AI secara beretika. * Mencungkil bakat kreatif digital dan pemikiran kritis generasi muda. MAKLUMAT PROGRAM * Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu). * Tempoh Penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026. * Pelantar: Dalam talian menerusi media sosial JAPEN dan www.merdeka360.my. * Pilihan Tema: Generasi Kini, Aspirasi Malaysia; Merdeka Digital: Inovasi Anak Bangsa; dan Kreatif: Membina Malaysia Masa Depan HADIAH KESELURUHAN Johan: RM1,000 + Plak + Sijil Naib Johan: RM800 + Plak + Sijil Tempat Ke-3: RM600 + Plak + Sijil 10 hadiah Saguhati: RM200 + Plak + Sijil RINGKASAN SYARAT PERTANDINGAN * Poster mestilah beresolusi tinggi (300 dpi) dan berasaskan tema pilihan. * Nisbah penghasilan: 40% Penjanaan AI + 60% Gambar Asli (disunting dengan perisian grafik). * Sertakan penjelasan ringkas poster (maksimum 300 patah perkataan). * Karya mestilah asli, bebas unsur provokasi dan tidak melanggar hak cipta.
𝐊𝐌𝐉𝐆 𝐱 𝐉𝐀𝐆𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 Moh kome! Sama-sama kita meriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) x JAGO Negeri Perak 2026 di Daerah Muallim pada 22 Ogos 2026 (Sabtu).Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan konvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang Ayuh semarakkan semangat patriotik dan raikan kemerdekaan bersama! Jumpa kome di sana! #KMJGxJAGO#HKHM2026#KesejahteraanDinikmati#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan#PeneranganPerak
LATIHAN PELAJAR KPM DI TAPAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360
🤖✨ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH! Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan? Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! 🚀 🎨 PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia. 🔥 Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! 📅 10 Ogos – 20 September 2026 💡 Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! 👉 JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026
📸 AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! 🎯 PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! 📷 Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! 👤 Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. 📅 Tempoh penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026 👉 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. 📸 #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Terengganu! Sambutan Hari RTM ke-80 & Sambutan Bulan Kebangsaan 2026Dah bersedia ke? Riadah dengan keluarga dan kawan-kawan?Jom serbu NACC Batik Pavilion, Kuala Terengganu pada Sabtu ini, 22 Ogos 2026, bermula pukul 7.30 pagi. Ada macam-macam program menarik menanti anda: Boleh asah bakat seni dengan Mewarna Batik Kit. Boleh 'shopping' barang dapur murah-murah di Jualan Pasar Peladang Outlet. Dan yang paling best... Ayam KFC & Pizza Hut PERCUMA untuk mereka yang terawal sampai! Fuh, kena bangun awal ni!Mari kita sama-sama raikan detik bersejarah ini dalam suasana penuh semangat kebangsaan! Jangan sampai terlepas peluang tau! Jumpa Sabtu ini!#HariRTM #BulanKebangsaan #RTM80 #TerengganuKita #AktivitiHujungMinggu #BatikTerengganu #PasarPeladang #KFC #PizzaHut #NACCBatikPavilion
HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PENTARAMA Merdeka@HOHO merupakan salah satu program sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi PENTARAMA. Program ini berkonsepkan jelajah bandar raya Kuala Lumpur menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) bagi mempromosikan sambutan HKHM 2026 serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program adalah pada: Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 Masa: 7.30 malam – 10.30 malam 3 lokasi tumpuan: 📍 SOGO Kuala Lumpur 📍 Menara Berkembar Petronas 📍 Pavilion Kuala Lumpur Antara pengisian program yang menanti para pengunjung adalah: ✨Persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh Artis Budaya PENTARAMA ✨Persembahan muzik secara langsung (live band) oleh Ahli Muzik PENTARAMA ✨Sembang Santai HKHM 2026 ✨Edaran Jalur Gemilang Ayuh kita raikan semangat patriotisme dengan penuh warna, muzik dan keceriaan bersama PENTARAMA! 🎶✨ #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360
Lokasi: Sekitar Bandar raya Kuala Lumpur