All Day

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ayuh semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara! ❤️‍🔥 📣 Antara Kategori yang dipertandingkan: 1. Sekolah Menengah 2. Sekolah Rendah 3. ⁠Pintu Gerbang 4. ⁠Pejabat Daerah / Majlis Daerah (PBT) dan Swasta 5. Individu ⁠ 🎉 Hiasi kawasan anda dengan tema Bulan Kebangsaan dan rebut peluang memenangi hadiah menarik! 🏆 Johan: RM5,000 🥈 Naib Johan: RM3,500 🥉 Ketiga: RM2,000 🎖️ + Sijil & Plak Penghargaan! 📌 Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026 📌Tarikh Akhir Penghantaran Karya: 20 Ogos 2026 Pautan pendaftaran pertandingan disediakan di ruangan komen! Sertai dan jadilah sebahagian daripada rakyat yang cintakan negara ❤️🤍💙💛 Penyertaan anda kami nantikan! Moh Komer ‼️ #HKHM2026 #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #JabatanPenerangan #PeneranganPerak

PERTANDINGAN AiMAGINASI MALAYSIA

OBJEKTIF PROGRAM * Menggalakkan integrasi seni ilustrasi dan teknologi AI. * Meningkatkan pemahaman penggunaan AI secara beretika. * Mencungkil bakat kreatif digital dan pemikiran kritis generasi muda. MAKLUMAT PROGRAM * Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu). * Tempoh Penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026. * Pelantar: Dalam talian menerusi media sosial JAPEN dan www.merdeka360.my. * Pilihan Tema: Generasi Kini, Aspirasi Malaysia; Merdeka Digital: Inovasi Anak Bangsa; dan Kreatif: Membina Malaysia Masa Depan HADIAH KESELURUHAN Johan: RM1,000 + Plak + Sijil Naib Johan: RM800 + Plak + Sijil Tempat Ke-3: RM600 + Plak + Sijil 10 hadiah Saguhati: RM200 + Plak + Sijil RINGKASAN SYARAT PERTANDINGAN * Poster mestilah beresolusi tinggi (300 dpi) dan berasaskan tema pilihan. * Nisbah penghasilan: 40% Penjanaan AI + 60% Gambar Asli (disunting dengan perisian grafik). * Sertakan penjelasan ringkas poster (maksimum 300 patah perkataan). * Karya mestilah asli, bebas unsur provokasi dan tidak melanggar hak cipta.

Ongoing

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

🤖✨ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH!   Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan?   Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! 🚀 🎨 PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia.   🔥 Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! 📅 10 Ogos – 20 September 2026 💡 Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! 👉 JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026

PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA

📸 AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! 🎯 PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! 📷 Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! 👤 Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. 📅 Tempoh penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026 👉 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. 📸 #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia

PROGRAM PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DUN SENAI

𝑲𝑰𝑩𝑨𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑴𝑬𝑵𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨-𝑺𝑨𝑴𝑨 Sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗻𝗰𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 & 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗝𝗮𝗹𝘂𝗿 𝗚𝗲𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲, saya ingin menjemput anak-anak di sekitar DUN Senai untuk menyertai Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Pakaian Beragam yang penuh dengan semangat patriotik. Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu) Masa : 7.00 pagi - 2.00 petang Tempat: Dewan Serbaguna Taman Aman, Senai- 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 Kategori 7 – 9 Tahun (10 kekosongan) Kategori 10 – 12 Tahun (10 kekosongan) Pendaftaran: https://forms.gle/imckRbCGYeNuYmeM9 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗚𝗔𝗠 Kategori 7 – 9 Tahun (10 kekosongan) Kategori 10 – 12 Tahun (10 kekosongan) Pendaftaran: https://forms.gle/Ytvb27qVueQFC5mb8 Setiap peserta yang hadir akan menerima: Sarapan pagi ringan Sijil Penyertaan Medal Penyertaan Pemenang pula bakal membawa pulang hadiah kemenangan yang menarik! Penyertaan adalah terhad dan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Ibu bapa atau penjaga boleh mengimbas Kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran mengikut kategori pertandingan.Mari kita sama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga. Saya berharap dapat melihat ramai anak-anak DUN Senai hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Jumpa anda semua pada 𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 nanti! 

MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026

 𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 & 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔! Jom bersama-sama kita semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra Kulai!  𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐏𝐊𝐮, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢Sambutan kali ini bukan sekadar acara mengibarkan Jalur Gemilang. Pelbagai pameran, aktiviti dan perkhidmatan untuk komuniti turut disediakan bagi memberikan pengalaman yang lebih menarik dan bermanfaat kepada pengunjung. 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐓𝐕𝐄𝐓 – khas untuk anak muda! Kenali dengan lebih dekat bidang kemahiran, peluang pendidikan serta laluan kerjaya dalam TVET. 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 – dapatkan informasi, khidmat nasihat dan perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi berkaitan urusan tanah, keselamatan, kesihatan, kebajikan, perkhidmatan PBT, bantuan komuniti, pelancongan dan ekopelancongan. Datang beramai-ramai dan manfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat, mencuba aktiviti interaktif serta mengenali lebih dekat perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat. Jom hadir dan sama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan!#BulanKebangsaan2026#KibarJalurGemilang#MajuJohor#MalaysiaMadani#Kulai#PejabatDaerahKulai#KulaiKesayanganKita#AmazingKulai#XploreKulai