MBSJ – Konvoi Rakyat Disantuni
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, #SJcitycouncil dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 akan menganjurkan Program Konvoi ‘Rakyat Disantuni’ Subang Jaya 2025 pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di The Summit USJ Mall, Subang Jaya. Jom ramai-ramai memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya: ✨ Perarakan Konvoi Kereta Klasik ✨ Kuiz Sempena Sambutan Kemerdekaan ✨ Pertandingan Catur Anak Merdeka ✨ Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ✨ Sesi Foto Bersama Lagenda Sukan ✨ Pameran dari pelbagai agensi Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini di Subang Jaya! ‘MBSJ Gemilang Bersama’
