KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengajak seluruh warga Petaling Jaya untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kibarkan Jalur Gemilang di bangunan kerajaan, premis perniagaan, premis swasta dan rumah kediaman sebagai lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia. Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan, menjunjung integriti serta terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat. Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai simbol maruah, identiti dan kedaulatan negara. 𝑃𝑒𝑡𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝐵𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 𝑃𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑚𝑝𝑎𝑛 #MalaysiaMadani #𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫MajuBersama #DuaDekadBandarRayaPetalingJaya #MBPJ20
