All Day

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK AI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2026

SERLAHKAN KREATIVITI AI ANDA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN! ✨ Panggilan kepada semua anak muda Selangor! Adakah anda peminat teknologi AI dan mempunyai semangat patriotik yang membara? Inilah peluang anda untuk menang! 🀩 Sertai Pertandingan Video Pendek AI bertemakan "Kesejahteraan Dinikmati" sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia 2026. Gunakan kreativiti anda untuk menggabungkan inovasi teknologi dengan semangat kemerdekaan. πŸ’° Hadiah Menarik Menanti Anda: πŸ₯‡ Tempat Pertama: RM700 πŸ₯ˆ Tempat Kedua: RM500 πŸ₯‰ Tempat Ketiga: RM300 πŸ“ Syarat Penyertaan: βœ… Terbuka HANYA kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Selangor dan pelajar tajaan Yayasan Selangor sahaja. βœ… Durasi video: 1 – 3 minit. βœ… Bahasa: Bahasa Melayu. πŸ“… Tarikh Penyertaan: 15 Julai – 15 Ogos 2026. πŸ“§ Hantarkan video anda ke: kke@yselangor.com (Pastikan maklumat diri dan borang penyertaan lengkap!). Cipta. Inovasi. Merdeka. Ekspresikan semangatmu melalui kreativiti AI! πŸ€– Borang : https://forms.cloud.microsoft/r/GrGGJBUuBq

Ongoing

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026

π‰πŽπŒ πŠπˆππ€π‘ 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengajak seluruh warga Petaling Jaya untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kibarkan Jalur Gemilang di bangunan kerajaan, premis perniagaan, premis swasta dan rumah kediaman sebagai lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia. Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan, menjunjung integriti serta terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat. Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai simbol maruah, identiti dan kedaulatan negara. π‘ƒπ‘’π‘‘π‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π½π‘Žπ‘¦π‘Ž π΅π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿ π‘ƒπ‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π΅π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘› π‘€π‘Žπ‘šπ‘π‘Žπ‘› #MalaysiaMadani #πŠπ’π­πšπ’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫MajuBersama #DuaDekadBandarRayaPetalingJaya #MBPJ20