Events for September 19, 2025
KPN – Pertandingan Melukis Mural Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2025
“Melakar Rukun Negara, Menyatukan Warna Bangsa” PENYERTAAN ADALAH PERCUMA ! ✔️ Terbuka kepada semua sekolah menengah harian yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (SMK, SMJK, Sekolah Seni dan Sekolah Swasta) ❌ Tidak termasuk sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan 👥 Pelajar berumur 13 hingga 18 tahun (sesi persekolahan 2025) 👩🏫 Setiap penyertaan terdiri daripada seorang guru pembimbing bersama 5 hingga 15 orang pelajar 🚫 Penglibatan pelukis profesional atau luar adalah tidak dibenarkan 🖌️ Setiap sekolah boleh menghantar maksimum dua (2) lakaran mural, berwarna dan bersaiz A3 📄 Penyertaan mestilah disertakan bersama borang yang lengkap dan dihantar melalui Google Form (rujuk kod QR dalam poster rasmi) 🎨 Sebanyak 65 buah sekolah akan dipilih ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan lukisan mural sebenar di sekolah masing-masing 📦 Cat dan peralatan melukis mural akan disediakan oleh penaja utama, Kansai Paint Asia Pacific Sdn. Bhd. 📅 Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan: 2 September 2025 (Selasa) 📞 Sekolah yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Arkib Negara Malaysia dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup ⚖️ Keputusan panel juri adalah muktamad 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📚 Anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia 🎓 Dengan sokongan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 📲 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran: 🌐 https://www.arkib.gov.my 📥 Imbas kod QR dalam poster rasmi untuk menghantar lakaran dan borang penyertaan.
JPM – Cabaran Langkah Merdeka JPM
Jom sertai 6,800 langkah!!! Bermula pada 11 sehingga 24 Ogos 2025 Hanya 15 orang dalam 1 pasukan! Sijil dan hadiah wang tunai disediakan.
Metro Point Kajang – Program sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025
Raikan semangat kemerdekaan dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga di Kompleks Metro Point Kajang! 🎁 Penebusan Percuma Jalur Gemilang 📅 11 Ogos 2025 - 16 September 2025 📍 Kaunter Informasi | ⏰ 10.30 pagi – 9.30 malam 🛍 Bawa resit pembelian bernilai RM50 ke atas 🖍 PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA 📅 17 Ogos 2025 (Ahad) ⏰ 12:00 tengah hari – 4:00 petang 📍 Hadapan Mr. DIY, Tingkat Dua, Metro Point Kajang 💸 Yuran: RM30.00 setiap peserta 🧒 Kategori: - Kategori A: 4 – 6 tahun - Kategori B: 7 – 9 tahun - Kategori C: 10 – 13 tahun 🏆 Hadiah Menarik! 🥇 Juara – RM200 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥈 Naib Juara – RM170 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥉 Ketiga – RM150 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Keempat – RM80 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Kelima – RM50 (Tunai + Baucar) + Trofi 🎒 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan beg goodies 👗 PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA: KREATIVITI KITAR SEMULA 📅 28 September 2025 (Ahad) ⏰ 12:00 tengah hari – 4:00 petang 📍 Ruang Concourse, Aras Bawah, Metro Point Kajang 💸 Yuran: RM30.00 setiap peserta ✨ Tema: Transformasi Kitar Semula ke Pentas Bergaya! 🧒 Kategori: - Kategori A: 4 – 6 tahun - Kategori B: 7 – 9 tahun - Kategori C: 10 – 13 tahun 📸 Penilaian Berdasarkan: * Kreativiti & penggunaan bahan kitar semula * Gaya & keyakinan peserta di atas pentas * Unsur patriotik dalam busana 🏆 Hadiah Menarik! 🥇 Juara – RM200 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥈 Naib Juara – RM170 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥉 Ketiga – RM150 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Keempat – RM80 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Kelima – RM50 (Tunai + Baucar) + Trofi 🎁 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan beg goodies.
Latar Expressway – Pertandingan Mewarna LATAR
Bersempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 ini jom serlahkan bakat mereka dengan menyertai Pertandingan Mewarna LATAR sekarang! Cara penyertaan: * Imbas kod QR di gambar dan muat turun gambar poster mewarna. * Warnakan gambar tersebut mengikut kreativiti. * Reka bentuk tambahan pada poster yang disediakan adalah dibenarkan. * Hantarkan hasil mewarna tersebut ke link ini https://forms.gle/gFc2eUDNL532mmsM9 Terbuka untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun Tarikh tutup penyertaan: 19 September 2025. Mari serlahkan warna-warni kreativiti anak-anak Malaysia! Selamat mencuba!
KK – Pertandingan Video Dendangan Syair Kemerdekaan 2025
Ayuh, serlah semangat patriotisme dengan menyertai Pertandingan Video Dendangan Syair Kemerdekaan 2025 anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 🗓️ 21 Ogos hingga 30 September 2025 😀 Warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas 🎤 Mendendangkan salah satu syair yang telah disediakan oleh penganjur 🎼 Pautan Syair: https://www.facebook.com/share/p/19hA4jdPZz/ 📝Pautan Syarat Penyertaan: https://tinyurl.com/syaratdendangansyair2025 🎟Pautan Borang Penyertaan: https://forms.gle/jqnMdnESiQLioKXf6 Hadiah lumayan menanti anda! 🏆Pertama: RM800.00 🏆🏆Kedua:RM700.00 🏆🏆🏆Ketiga:RM500.00 🎁🎁🎁Sagu hati: RM300.00 (x3) Pastikan anda rebut peluang ini dan hantar video yang menarik kepada kami. Hadiah ini mungkin milik anda. Sekian, terima kasih. Sebarang pertanyaan, hubungi urus setia pertandingan Pusat Sumber Kementerian Komunikasi No. Tel: +603-8911 7886 E-mel:psm1@komunikasi.gov.my
