All Day

KPN – Kempen Taat Setia Rukun Negara

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 !! Rukun Negara kini genap 55 tahun! Selama lebih lima dekad, lima prinsip teras ini telah menjadi panduan hidup dan asas penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Mari kita renungkan kembali nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara. Bermula daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, hinggalah kepada Kesopanan dan Kesusilaan. Inilah tiang seri yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Sertai Kempen Taat Setia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan tunjukkan rasa cinta serta komitmen anda terhadap negara tercinta! Kongsi semangat perpaduan anda bersama rakan-rakan, keluarga, komuniti dan sesiapa sahaja di media sosial!!! Layari pautan rasmi facebook Kementerian Perpaduan Negara untuk maklumat lanjut.

IOI City Mall – Jalan Kita, Cerita Kita

Mari raikan semangat Merdeka di IOI City Mall dengan Jalan Kita, Cerita Kita, yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2025! Sertai kami dalam menghargai perpaduan, budaya dan komuniti melalui pelbagai aktiviti menarik untuk semua: 🎁 Spirit of Merdeka Giveaway – bawa pulang barangan patriotik istimewa!📸 Tribut Fotografi kepada Perpaduan – lalui koleksi gambar yang mengagumkan dan menyentuh hati!🎭 Bengkel & Persembahan Budaya – nikmati aktiviti interaktif dan persembahan penuh warna untuk seisi keluarga!

JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak

Lokasi Hari Pertama: Miri (2 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua: Rumah Jelaping, Marudi (3 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga: Miri (11 Ogos 2025) Lokasi Hari Keempat: Arena Lawas (12 Ogos 2025) Lokasi Hari Kelima: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang (13 Ogos 2025) Lokasi Hari Keenam: Bintulu Port (14 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketujuh: Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau (15 Ogos 2025) Lokasi Hari Kelapan: Pekan Lama Balingian (16 Ogos 2025) Lokasi Hari Kesembilan: Sekolah Menengah Kebangsaan St Patrick, Mukah (17 Ogos 2025) Lokasi Hari Kesepuluh: Sekolah Menengah Kebangsaan Deshon, Sibu (18 Ogos 2025) Lokasi Hari Kesebelas: Sekolah Menengah Kebangsaan Julau (19 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua Belas: Kolej Vokasional Betong (25 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga Belas: Dewan Sri Krian, Saratok (26 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga Belas: Dewan Masyarakat Kpg Tian, Matu & Dewan Kg Semop Daro (27 Ogos 2025) Lokasi Hari Keempat Belas: Dewan Sri Rajang, Meradong (28 Ogos 2025) Lokasi Hari Kelima Belas: Sekolah Menengah Kebangsaan Sarikei Baru (29 Ogos 2025) Lokasi Hari Keenam Belas: Tapak Pasar Malam Desa Ilmu, Samarahan (8 September 2025) Lokasi Hari Ketujuh Belas: Padang Sentral Simunjan (8 September 2025) Lokasi Hari Kelapan Belas: Awah Gawai Tun Razak, Serian (9 September 2025) Lokasi Hari Kesembilan Belas: SMK Paku, Bau & Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu (10 September 2025) Lokasi Hari Kedua Puluh: Waterfront Kuching (16 September 2025)  

KPN – Pertandingan Melukis Mural Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2025

“Melakar Rukun Negara, Menyatukan Warna Bangsa” PENYERTAAN ADALAH PERCUMA ! ✔️ Terbuka kepada semua sekolah menengah harian yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (SMK, SMJK, Sekolah Seni dan Sekolah Swasta) ❌ Tidak termasuk sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan 👥 Pelajar berumur 13 hingga 18 tahun (sesi persekolahan 2025) 👩‍🏫 Setiap penyertaan terdiri daripada seorang guru pembimbing bersama 5 hingga 15 orang pelajar 🚫 Penglibatan pelukis profesional atau luar adalah tidak dibenarkan 🖌️ Setiap sekolah boleh menghantar maksimum dua (2) lakaran mural, berwarna dan bersaiz A3 📄 Penyertaan mestilah disertakan bersama borang yang lengkap dan dihantar melalui Google Form (rujuk kod QR dalam poster rasmi) 🎨 Sebanyak 65 buah sekolah akan dipilih ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan lukisan mural sebenar di sekolah masing-masing 📦 Cat dan peralatan melukis mural akan disediakan oleh penaja utama, Kansai Paint Asia Pacific Sdn. Bhd. 📅 Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan: 2 September 2025 (Selasa) 📞 Sekolah yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Arkib Negara Malaysia dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup ⚖️ Keputusan panel juri adalah muktamad 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📚 Anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia 🎓 Dengan sokongan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 📲 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran: 🌐 https://www.arkib.gov.my 📥 Imbas kod QR dalam poster rasmi untuk menghantar lakaran dan borang penyertaan.

JPM – Cabaran Langkah Merdeka JPM

Jom sertai 6,800 langkah!!! Bermula pada 11 sehingga 24 Ogos 2025 Hanya 15 orang dalam 1 pasukan! Sijil dan hadiah wang tunai disediakan.

Metro Point Kajang – Program sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025

Raikan semangat kemerdekaan dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga di Kompleks Metro Point Kajang! 🎁 Penebusan Percuma Jalur Gemilang 📅 11 Ogos 2025 - 16 September 2025 📍 Kaunter Informasi | ⏰ 10.30 pagi – 9.30 malam 🛍 Bawa resit pembelian bernilai RM50 ke atas   🖍 PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA 📅 17 Ogos 2025 (Ahad) ⏰ 12:00 tengah hari – 4:00 petang 📍 Hadapan Mr. DIY, Tingkat Dua, Metro Point Kajang 💸 Yuran: RM30.00 setiap peserta 🧒 Kategori: - Kategori A: 4 – 6 tahun - Kategori B: 7 – 9 tahun - Kategori C: 10 – 13 tahun 🏆 Hadiah Menarik! 🥇 Juara – RM200 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥈 Naib Juara – RM170 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥉 Ketiga – RM150 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Keempat – RM80 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Kelima – RM50 (Tunai + Baucar) + Trofi 🎒 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan beg goodies   👗 PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA: KREATIVITI KITAR SEMULA 📅 28 September 2025 (Ahad) ⏰ 12:00 tengah hari – 4:00 petang 📍 Ruang Concourse, Aras Bawah, Metro Point Kajang 💸 Yuran: RM30.00 setiap peserta ✨ Tema: Transformasi Kitar Semula ke Pentas Bergaya! 🧒 Kategori: - Kategori A: 4 – 6 tahun - Kategori B: 7 – 9 tahun - Kategori C: 10 – 13 tahun 📸 Penilaian Berdasarkan: * Kreativiti & penggunaan bahan kitar semula * Gaya & keyakinan peserta di atas pentas * Unsur patriotik dalam busana 🏆 Hadiah Menarik! 🥇 Juara – RM200 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥈 Naib Juara – RM170 (Tunai + Baucar) + Trofi 🥉 Ketiga – RM150 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Keempat – RM80 (Tunai + Baucar) + Trofi 🏅 Kelima – RM50 (Tunai + Baucar) + Trofi 🎁 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan beg goodies.  

Latar Expressway – Pertandingan Mewarna LATAR

Bersempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 ini jom serlahkan bakat mereka dengan menyertai Pertandingan Mewarna LATAR sekarang! Cara penyertaan: * Imbas kod QR di gambar dan muat turun gambar poster mewarna. * Warnakan gambar tersebut mengikut kreativiti. * Reka bentuk tambahan pada poster yang disediakan adalah dibenarkan. * Hantarkan hasil mewarna tersebut ke link ini https://forms.gle/gFc2eUDNL532mmsM9 Terbuka untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun Tarikh tutup penyertaan: 19 September 2025. Mari serlahkan warna-warni kreativiti anak-anak Malaysia! Selamat mencuba!

KK – Pertandingan Video Dendangan Syair Kemerdekaan 2025

Ayuh, serlah semangat patriotisme dengan menyertai Pertandingan Video Dendangan Syair Kemerdekaan 2025 anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 🗓️ 21 Ogos hingga 30 September 2025 😀 Warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas 🎤 Mendendangkan salah satu syair yang telah disediakan oleh penganjur 🎼 Pautan Syair: https://www.facebook.com/share/p/19hA4jdPZz/ 📝Pautan Syarat Penyertaan: https://tinyurl.com/syaratdendangansyair2025 🎟Pautan Borang Penyertaan: https://forms.gle/jqnMdnESiQLioKXf6 Hadiah lumayan menanti anda! 🏆Pertama: RM800.00 🏆🏆Kedua:RM700.00 🏆🏆🏆Ketiga:RM500.00 🎁🎁🎁Sagu hati: RM300.00 (x3) Pastikan anda rebut peluang ini dan hantar video yang menarik kepada kami. Hadiah ini mungkin milik anda. Sekian, terima kasih. Sebarang pertanyaan, hubungi urus setia pertandingan Pusat Sumber Kementerian Komunikasi No. Tel: +603-8911 7886 E-mel:psm1@komunikasi.gov.my

Cuepacs Care – Peraduan Anak Malaysia Berpakaian Tradisi 2025

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 Sempena sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia, jom kita raikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya dengan penuh gaya! Kami menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai Peraduan Anak Malaysia Berpakaian Tradisi. Tunjukkan semangat perpaduan dengan berpakaian tradisi kaum masing-masing sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Ambil gambar & raikan warna-warni Malaysia! Cara Penyertaan: 1. 𝐊𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 di ruangan komen Peraduan ini. 2. Tulis “𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚...” (𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐭𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧) dan 𝐭𝐚𝐠 𝟑 𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 anda. 3. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐦𝐲𝐂𝐮𝐞𝐩𝐚𝐜𝐬𝐂𝐚𝐫𝐞 dan 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞 posting Peraduan ini. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎! Gayakan warisan, rakamkan semangat, dan biar gambar anda bersuara sebagai Anak Malaysia yang menjunjung budaya dan menyatu dalam jiwa bangsa. Tempoh Peraduan: 25 Ogos 2025 - 16 September 2025 Keputusan penuh tertakluk kepada pihak penganjur.

KPDN – Pertandingan Foto Kreatif

𝙎𝙪𝙠𝙖 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙛𝙤𝙩𝙤? 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧?? 𝙄𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙣𝙖𝙧 *Jom sertai Pertandingan Foto Kreatif "Jom Beli Lokal x MERDEKA"* Tunjukkan kreativiti anda dengan menghasilkan gambar kreatif yang memaparkan semangat Jom Beli Lokal atau gaya hidup menyokong barangan buatan Malaysia. Tempoh Pertandingan: 27 Ogos 2025 - 17 September 2025 Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan karya fotografi kreatif anda dan menangi hadiah menarik Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, imbas QR di poster atau layari pautan ini: https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfLlv7Fp6VWLP.../viewform 𝑩𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑲𝒊𝒕𝒂, 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒊𝒕𝒂. 𝑱𝒐𝒎 𝑩𝒆𝒍𝒊 𝑳𝒐𝒌𝒂𝒍!

KPN – Anak Merdeka Malaysia

Dalam menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia memperkenalkan inisiatif istimewa yang dikenali sebagai “Anak Merdeka Malaysia”. Program ini memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara iaitu 31 Ogos dan 16 September sebagai simbol kepada perjuangan, kemerdekaan, dan perpaduan negara. Pendaftaran kini dibuka dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut, tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum. Mereka yang berdaftar akan diberi peluang istimewa untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderahati kenang-kenangan, dan diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR pada poster hebahan atau dengan melayari pautan rasmi berikut: https://forms.gle/Zd3fPnGaJwFgWeHNA

KPT – Pertandingan Foto & Video Pendek Bersempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

  🎥 📷 PERTANDINGAN FOTO & VIDEO PENDEK BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2025 📣📣 Ayuh warga IPT sekalian 📣📣 Jom beramai-ramai sertai Pertandingan Foto & Video Pendek Bersempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2025 🥳🥳 ✅ Pertandingan masih dibuka sehingga 15 September 2025 🎁 Hadiah menarik menanti anda 🎉🎊 ✅ Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dirujuk seperti tertera di poster ‼️Jom beramai-ramai sertai pertandingan ini🥳🥳