HKHM 2026 I SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PERINGKAT PNM TAHUN 2026

HKHM 2026 l SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PERINGKAT PNM TAHUN 2026

d3ed0585-54f9-47df-9176-0fc3b0ccf2ff
c8386d11-f36d-49c7-9b8a-d2d8949b36f9
ddb4b582-04e2-4191-9470-f6f45c189e82
183711a4-2072-4ba4-a706-ef68e9cfcaca
61e8339e-ff8a-4c9a-8510-8fe7ff6660b0
5d40aafb-3e51-4de8-a3e1-8eee8379d5a7
fe0e3a39-5b69-45d8-b7b2-f39a7fb0c59c
03800abd-13da-441e-b50d-8e0cff97fe54
a9f3319b-d350-4bc2-9de9-4f2deaa98ddc

HKHM 2026 l SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PERINGKAT PNM TAHUN 2026

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat PNM Tahun 2026 hari ini dengan mengangkat tema โ€œRukun Negara: Keharmonian Masyarakat Majmuk di Malaysiaโ€, sebagai asas memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Antara pengisian utama ialah Bicara Ilmu Semarak Merdeka dan Hari Malaysia 2026 yang menampilkan YBrs. Encik Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Selangor. Bicara ini mengupas kepentingan Rukun Negara dalam memelihara keharmonian masyarakat majmuk dan memperkukuh semangat kebersamaan rakyat Malaysia.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan 317 peserta hadir secara fizikal, manakala 608 peserta menyertai secara dalam talian menerusi siaran langsung di YouTube PNM TV Channel.

Sambutan turut dimeriahkan dengan Pertandingan TikTok Mencipta dan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan 2026 yang mencatatkan 177 penyertaan, selain Pertandingan Citrawarna Kemerdekaan 2026 serta Dinding Kemerdekaan Malaysia sebagai wadah menyemarakkan kreativiti, kecintaan terhadap negara dan penghayatan erti kemerdekaan.

Melalui pengisian berteraskan ilmu, sejarah dan kreativiti, PNM terus memainkan peranan dalam membina negara bangsa, memperkukuh perpaduan dan menyuburkan semangat patriotisme, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sumber: Facebook Perpustakaan Negara Malaysia

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ