HKHM 2026 l PERKAMPUNGAN PESERTA GEMA INOVASI MADANI & RENTAK MADANI, PALUAN TRADISI KINI BERMULA









HKHM 2026 l PERKAMPUNGAN PESERTA GEMA INOVASI MADANI & RENTAK MADANI, PALUAN TRADISI KINI BERMULA
25 Ogos 2026 | Putrajaya
Suasana semakin meriah apabila para peserta Gema Inovasi MADANI dan Rentak MADANI, Paluan Tradisi mula berkampung sebagai persiapan menjelang Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Hari ini, seramai 700 peserta persembahan khas Rentak MADANI, Paluan Tradisi menyertai latihan gabungan pertama. Manakala, peserta Gema Inovasi MADANI telah mula berkampung sejak 23 Ogos 2026 bagi menjalani persiapan dan latihan secara intensif.
Semangat dan kesatuan terus dipupuk dalam setiap latihan demi memastikan persembahan yang bakal dipersembahkan mampu menyemarakkan semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Nantikan kemeriahan persembahan mereka di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026.
Sumber: Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


