HKHM 2026 l TAKLIMAT PRODUKSI HARI KEBANGSAAN 2026






HKHM 2026 l TAKLIMAT PRODUKSI HARI KEBANGSAAN 2026
25 Ogos 2026 | Putrajaya
Persiapan menjelang Sambutan Hari Kebangsaan 2026 terus diperkemas menerusi sesi taklimat produksi yang melibatkan seramai 132 tenaga produksi sebagai persediaan akhir sebelum berlangsungnya sambutan pada 31 Ogos 2026.
Daripada jumlah tersebut, seramai 82 tenaga produksi terlibat dalam Produksi Perarakan & Perbarisan, manakala 50 tenaga produksi menggalas tanggungjawab dalam segmen pergendangan.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN dan YBrs. Encik Wan Din Wan Muhammad, Pengarah Bahagian Pembangunan Produksi & Artistik JKKN.
Taklimat ini menjadi platform bagi memastikan setiap peranan, gerak kerja dan penyelarasan produksi dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar, sekali gus memastikan kelancaran perjalanan sambutan pada hari yang dinantikan.
YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, turut meluangkan masa menyantuni dan memberikan sokongan kepada petugas Jawatankuasa Pengisian yang terlibat dalam persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Sumber: Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


