HKHM 2026 l GEMA INOVASI MADANI: PERSIAPAN MENJELANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026









HKHM 2026 l GEMA INOVASI MADANI: PERSIAPAN MENJELANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
23 Ogos 2026 | Putrajaya
Seramai 150 peserta persembahan “Gema Inovasi MADANI” menyertai latihan gabungan di Dewan Seri Siantan sebagai persiapan menjelang persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran bin Mohd Haris turut turun padang menyaksikan sesi latihan dan pra-tonton tersebut.
Turut hadir, Dr. Mohammad Husri Morni selaku penyelaras persembahan Gema Inovasi MADANI serta koreografer, Mohd Hanafi Rosdi.
Persembahan ini turut mendapat sokongan dan penglibatan seramai 1,500 orang pelajar sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Nantikan persembahan Gema Inovasi MADANI yang bakal menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


