HKHM 2026 I MENTERI KOMUNIKASI LEPASKAN KONVOI KMJG X JAGO 2026, BAWA MESEJ UNGKAP PATRIOTISME MASYARAKAT IBU KOTA

HKHM 2026 l MENTERI KOMUNIKASI LEPASKAN KONVOI KMJG X JAGO 2026, BAWA MESEJ UNGKAP PATRIOTISME MASYARAKAT IBU KOTA

e85d3252-81eb-42ae-8d13-09c13de7a988
93ea38df-669d-4126-87fc-59ebd090aeab
9c08569d-b89e-47e1-977d-75d7822d7abb
b032a3d3-b509-4e97-afbe-7ba1e702a6cd
f69d959a-35ec-4ad4-a2c6-f4cbdec6ea15
4aa75a13-5db2-4779-8b34-45db9e5b419c
06449bf4-cd4b-418c-8990-aa0ab9cb577e
388f13b2-1c05-4fb5-92b3-cdc53c17d830
09c7d9dc-2244-4e0e-ad29-50133cff065d
c1bf8c2c-bbc5-4b92-9458-502fe8ecf8af
09dbbd0e-d0f7-4d36-8e4f-397334b3f82b
1e805914-53b5-45eb-94cc-c0e593c05dcc
fb768f5f-0df5-42b2-b14c-0dca0b9d1bce
ad48e0c2-71f6-46fa-a3d4-b5a7b8e62fa0
dbc0eeb7-0792-4ac0-937d-884dd23b613a
405d3181-cf19-410a-948f-c37d3540e8e9
549f1a64-f10b-4f76-bd51-2117a56efed9
0d9ab4cd-c1d5-42b5-ba1b-73ffaeb1aab8

HKHM 2026 l MENTERI KOMUNIKASI LEPASKAN KONVOI KMJG X JAGO 2026, BAWA MESEJ UNGKAP PATRIOTISME MASYARAKAT IBU KOTA

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2026 – YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi telah merasmikan pelepasan (flag-off) Program ‘Kembara Merdeka Jalur Gemilang X JAGO’ (KMJG X JAGO) Tahun 2026, Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP) bertempat di Pasar Taman Sri Sentosa, Lembah Pantai.

Konvoi ini turut dimeriahkan dengan penglibatan 10 buah kenderaan dan 35 orang peserta daripada tujuh (7) agensi kerajaan, iaitu Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM / KLfm), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Program KMJG X JAGO 2026 Peringkat WPKLP merupakan inisiatif turun padang secara bersepadu bagi mendekati masyarakat setempat. Ia bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme menerusi Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG). Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kesedaran awam agar amalan mengibarkan Jalur Gemilang dijadikan simbol perpaduan, kebanggaan, dan kecintaan kepada negara, sekali gus memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026).

Konvoi kali ini melintasi laluan sepanjang tujuh (7) lokasi utama, bermula dari Pasar Taman Sri Sentosa dan bergerak ke Taman Tasik Metropolitan Kepong, Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Hospital Rehabilitasi Cheras, PETRONAS Cochrane Perkasa NZ Curry House, dan berakhir di  Wangsa Maju.

Majlis penutup di lokasi terakhir diserikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan masyarakat, termasuk persembahan Kompang, Gendang India, Gendang Cina, Penyerahan Kit Jalur Gemilang serta Persembahan PENTARAMA @JAGO.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JAPEN WPKLP, Normaizatulakmal Tujad. Turut hadir, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Setiawangsa, Dato’ Afdlin Shauki Aksan dan Ketua-ketua Komuniti MADANI WPKLP.

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾