HKHM 2026 l MAJLIS SERAH TERIMA TAPAK HARI KEBANGSAAN 2026









HKHM 2026 l MAJLIS SERAH TERIMA TAPAK HARI KEBANGSAAN 2026
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini menerima penyerahan tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026 daripada Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ Haji Mohd Sakeri Abdul Kadir pada Majlis Serah Terima Tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
Majlis ini menandakan kesiapsiagaan tapak bagi pelaksanaan acara kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang melibatkan 77 kontinjen, 10,820 peserta, 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias, 328 aset, 22 aset EV dan 112 aset hidup.
Sebagai kementerian peneraju sambutan, Kementerian Komunikasi merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya serta semua jawatankuasa dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan persiapan berjalan lancar. Sambutan Hari Kebangsaan 2026 diharap dapat berlangsung dengan jayanya serta menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2026, Datuk Aminurrahim Mohamed; Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Bahagian Istiadat dan Urus setia Persidangan Antarabangsa, Datuk Rozainor Ramli; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mohd Amran Mohd Haris; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad; serta Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Wilayah Persekutuan, Suzana Alias.
Sumber: Facebook Kementerian Komunikasi
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


