HKHM 2026 I PELAKSANAAN PROGRAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT PENJARA SUNGAI UDANG, MELAKA

HKHM 2026 l PELAKSANAAN PROGRAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT PENJARA SUNGAI UDANG, MELAKA

a9f932be-1a43-4473-b5b8-44950b30a626
700d796f-35af-4d35-8ebd-729911b618b1
2ec17bdb-b029-46f1-a949-7bbd7287c8fb
9068055e-2bfb-4e69-96b0-2dc44ae92bc3
eb3d0fff-1fba-4317-8b06-fcd71aadbb3b
1d29217f-1c23-4fb6-b498-38cc993f5ba9
6ea856eb-c5e9-489a-b9d5-bc6fa53fdd75
5561bf0d-cb13-4666-9c38-69026663de93
4ff6585d-3bee-4d12-8b45-0a8777106f7c

HKHM 2026 l PELAKSANAAN PROGRAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT PENJARA SUNGAI UDANG, MELAKA

Pada 18 Ogos 2026 (Selasa) jam 8.30 pagi, bertempat di hadapan Pintu Utama, Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Pelancaran Program Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 Peringkat Penjara Sungai Udang, Melaka. Program ini merupakan salah satu inisiatif institusi dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga Penjara Sungai Udang selaras dengan semangat “𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢”.

Program dimulakan dengan persediaan pegawai kanan dan kakitangan di kawasan hadapan Pintu Utama, Penjara Sungai Udang dan kemudiannya diteruskan dengan acara pemasangan bendera pada kenderaan Jabatan, kenderaan kakitangan serta fasiliti institusi yang telah disempurnakan oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐊𝐏 𝐙𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐢𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐳𝐢𝐳, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐔𝐝𝐚𝐧𝐠, bersama PKP Mohd Zamri bin Ngah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang. Pemasangan bendera pada kenderaan dan fasiliti institusi menjadi simbolik kepada pelancaran sambutan bulan kebangsaan di peringkat Penjara Sungai Udang.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan, kedaulatan negara dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Dalam konteks warga Jabatan Penjara Malaysia, penghayatan terhadap semangat kemerdekaan turut dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan tugas dengan penuh integriti, disiplin, tanggungjawab dan komitmen kepada perkhidmatan awam. Pemasangan bendera Jalur Gemilang di seluruh kawasan institusi menjadi satu simbol penghormatan terhadap negara dan perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Ia juga dapat membangkitkan rasa bangga sebagai warga Malaysia serta menggalakkan penglibatan aktif warga institusi dalam program-program kenegaraan.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menjadi simbolik pembukaan sambutan bulan kemerdekaan di peringkat institusi, malah menjadi medium dalam memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air. Diharapkan semangat cintakan negara ini terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Sumber: Facebook Penjara Sungai Udang Melaka

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾