HKHM 2026 I PROGRAM SADA MERDEKA 2026

HKHM 2026 l PROGRAM SADA MERDEKA 2026

68f15547-649e-4762-bb6a-87af4712b99b
a6c441ee-bba1-41b2-8f9c-f55fae2d4cc7
3cd3ff20-f59a-4563-a2fb-5c90674cd31c
cf256759-1b0b-4e54-8909-59348de6ddcf
f319d6c4-94c0-4340-87d8-e97b8fff88f5
2901083d-0149-4518-ba38-4bca89350424
90650a91-cfa3-4872-8c59-256e86c3ddfc
892311b1-f365-4597-a743-ff1b09634eda
e093e33e-b6e8-4dc9-b344-8a189b77ad5a
1b7705b6-db95-46a3-a42f-eb68542ed6e9
4be76049-3075-4d6c-a344-e4938bd13cfc
6bb19fb5-d05d-462e-82c3-b24f42c2e483

HKHM 2026 l PROGRAM SADA MERDEKA 2026

ALOR SETAR, 20 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini mengadakan Program SADA Merdeka 2026 di Menara SADA bersempena sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 dengan mengetengahkan tema “Merdeka Dijulang, Integriti Dipegang”.

Tema tersebut membawa mesej bahawa semangat kemerdekaan bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan, tetapi perlu diterjemahkan melalui nilai integriti, amanah, tanggungjawab dan semangat berkhidmat dalam kalangan warga kerja SADA.

Sebagai sebuah organisasi yang memikul tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat kepada rakyat Negeri Kedah, nilai integriti menjadi antara asas penting dalam melaksanakan setiap amanah, membuat keputusan serta memberikan perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab kepada pengguna.

Program telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan Osman, Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi, ketua-ketua jabatan dan wilayah serta sebahagian warga kerja SADA dari seluruh Negeri Kedah.

Antara pengisian yang dilaksanakan termasuk Senamrobik Merdeka, Briskwalk Merdeka serta pelepasan Konvoi Merdeka yang membawa warga SADA mengadakan kunjungan ke Lembaga Air Perak (LAP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Air Selangor dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sebagai simbol jalinan persahabatan serta hubungan baik antara SADA, rakan-rakan operator air dan badan kawal selia.

Penganjuran program ini turut menjadi ruang untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga kerja serta mengingatkan setiap anggota bahawa kemerdekaan turut membawa bersama tanggungjawab untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, SADA menyeru seluruh warga kerja untuk terus menghayati semangat “Merdeka Dijulang, Integriti Dipegang” dengan menjadikan integriti sebagai pegangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan organisasi, pengguna serta rakyat Negeri Kedah.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞-𝟔𝟗.

Sumber: Facebook Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾