HKHM 2026 l PERHIMPUNAN BULANAN & KURSUS INTEGRITI DAN PATRIOTISME IKOM









HKHM 2026 l PERHIMPUNAN BULANAN & KURSUS INTEGRITI DAN PATRIOTISME IKOM
20 Ogos 2026 – Institut Koreksional Malaysia (IKOM) telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan dan Kursus Pemantapan Integriti dan Patriotisme pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dataran IKOM, melibatkan seramai 22 orang warga IKOM. Program ini turut diselaraskan dengan pengisian Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat IKOM bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai integriti dalam kalangan warga kerja. π²πΎπ€
Perhimpunan bermula pada jam 8.00 pagi dengan warga IKOM mengambil tempat dan masuk baris. Pada jam 8.10 pagi, ketibaan PKP Kamarul Efzan Bin Johori, Komandan IKOM, telah disambut dan diiringi oleh TPP Mohd Anuar Bin Atan, Timbalan Komandan IKOM. Perhimpunan seterusnya dimulakan dengan laporan kekuatan perbarisan oleh Ketua Perbarisan, diikuti dengan nyanyian Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bakti Setia, serta lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai tanda kesetiaan dan kecintaan kepada negara. π²πΎ
Seterusnya, Komandan IKOM telah melaksanakan pemeriksaan perbarisan sebelum menyampaikan amanat kepada warga IKOM. Program diteruskan dengan penyerahan bendera kepada KIP Mohd Ezuwan Bin Mohd Taher sebagai simbolik penyemarakan semangat patriotisme dan penghayatan terhadap Bulan Kebangsaan. π²πΎ
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa, sebelum warga IKOM keluar baris dan menjalani sesi bergambar πΈ. Selesai sesi tersebut, PKP Kamarul Efzan Bin Johori, Komandan IKOM, bersama TPP Mohd Anuar Bin Atan, Timbalan Komandan IKOM, melaksanakan pemasangan bendera Malaysia pada kenderaan Jabatan dan kenderaan kakitangan IKOM sebagai simbolik semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air. π²πΎπ
Pada sebelah petang pula, program diteruskan dengan Kursus Pemantapan Integriti dan Patriotisme yang disampaikan oleh TPP Mohd Anuar Bin Atan, Timbalan Komandan IKOM, selaku penceramah. Sesi dimulakan dengan taklimat berkaitan kursus yang merangkumi penerangan mengenai pengisian, pelaksanaan dan hala tuju kursus kepada para peserta.
Selepas sesi taklimat, para peserta kursus bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia π²πΎπΆ sebagai simbolik semangat patriotisme, kecintaan kepada tanah air dan penghayatan terhadap erti kemerdekaan. Suasana tersebut turut memperlihatkan semangat kebersamaan dan kesatuan warga IKOM dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.
Kursus ini menjadi salah satu medium bagi memperkukuh nilai integriti, patriotisme, disiplin dan jati diri dalam kalangan warga IKOM, di samping menyemai kesedaran bahawa amanah dalam perkhidmatan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan kecintaan kepada negara. π²πΎπ€
Pelaksanaan keseluruhan program pada hari ini mencerminkan komitmen IKOM dalam membentuk warga kerja yang bukan sahaja berintegriti dan profesional, malah mempunyai jati diri, semangat patriotisme dan kesatuan pasukan yang kukuh. Semoga semangat yang dizahirkan terus diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas dan amanah demi kecemerlangan perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia.
Satu pasukan π€ | Satu semangat πͺ | Satu jiwa π²πΎ | Satu amanah π‘οΈ
π²πΎ IKOM β BAKTI TERUNGGUL π²πΎ
Sumber: Facebook Institut Koreksional Malaysia – IKOM
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


