HKHM 2026 I MAJLIS PELANCARAN SEMARAK JIWA MERDEKA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2026

HKHM 2026 l MAJLIS PELANCARAN SEMARAK JIWA MERDEKA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2026

20260819-AFS_3801
20260819-AFS_3918
20260819-AFS_3966
20260819-AFS_4044
20260819-AFS_4233
20260819-AFS_4248
20260819-AFS_4371
20260819-AFS_4440
20260819-AFS_4626

HKHM 2026 l MAJLIS PELANCARAN SEMARAK JIWA MERDEKA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2026

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2026 – Semangat patriotisme dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi Semarak Jiwa Merdeka KPKT 2026, berteraskan tema Hari Kebangsaan 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Majlis pelancaran di Perkarangan KPKT telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming.

Turut hadir Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu; Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib; barisan pengurusan tertinggi, Ketua-ketua Jabatan serta warga KPKT dan agensi.

Mengangkat semangat “Unity in Diversity”, YB Menteri menekankan bahawa kepelbagaian latar belakang, kepakaran dan peranan merupakan kekuatan keluarga besar KPKT. Semangat ini perlu terus diterjemahkan melalui kerjasama, integriti dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sebagai simbolik semangat kemerdekaan, YB Menteri turut menyerahkan Kit Jalur Gemilang kepada Ketua Setiausaha KPKT dan Ketua-ketua Jabatan, diikuti flag-off 19 jentera JBPM dan SWCorp bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di seluruh negara.

Majlis turut dimeriahkan dengan Pameran Manuskrip Melayu anjuran khas Perpustakaan Negara Malaysia yang mengetengahkan khazanah warisan intelektual dan budaya negara, termasuk manuskrip berkaitan petua pembinaan rumah tradisional serta pameran Batik Hang Tuah.

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai aktiviti dilaksanakan menerusi Semarak Jiwa Merdeka KPKT 2026, antaranya Hiasan Keceriaan Merdeka, Pertandingan Gemersik Merdeka Al КРКТ 2026, PUSPANITA HYROX Merdeka 2026, Pameran Manuskrip, Siaraya Lagu Kebangsaan Harian dan Pertandingan Keceriaan Bahagian.

Semarakkan jiwa merdeka, raikan kepelbagaian dan perkukuh perpaduan. Bersama kita pertahankan keharmonian demi Malaysia yang lebih sejahtera.

Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾