HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

HKHM2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

PENTARAMA Merdeka@HOHO merupakan salah satu program sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi PENTARAMA.

Program ini berkonsepkan jelajah bandar raya Kuala Lumpur menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) bagi mempromosikan sambutan HKHM 2026 serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Pelaksanaan program adalah pada:

Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026

Masa: 7.30 malam – 10.30 malam

3 lokasi tumpuan: 

📍SOGO Kuala Lumpur

📍Menara Berkembar Petronas

📍Pavilion Kuala Lumpur

Antara pengisian program yang menanti para pengunjung adalah:

Persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh Artis Budaya PENTARAMA

Persembahan muzik secara langsung (live band) oleh Ahli Muzik PENTARAMA

Sembang Santai HKHM 2026

Edaran Jalur Gemilang 

Ayuh kita raikan semangat patriotisme dengan penuh warna, muzik dan keceriaan bersama PENTARAMA! 🎶✨

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾