HKHM 2026 I JAPEN SARAWAK PERKASA PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM KEMPEN 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG DI KAWASAN KUCHING DAN PADAWAN

HKHM 2026 l JAPEN SARAWAK PERKASA PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM KEMPEN 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG DI KAWASAN KUCHING DAN PADAWAN

0f3fee3e-2a20-4009-b166-4b0b7f5740ec
8f556e50-bdae-45c1-8cdd-7765b674aec8
e25265ff-974b-4c17-aed8-d84d4d7a20b5
3ad87b2d-af89-4b47-bbee-a9e8d64ef35f
4c6b7fdf-ccc4-421f-9f6e-36272206aa02
d01e7567-a5c5-4ea6-a056-1883335192bc
2a16afea-30c5-4ca4-a176-016ece1abf8d
dc340c73-ec58-4068-aa1d-11afe7587e3f
ca952dd8-056f-416d-b185-e687dad13e44

HKHM 2026 l JAPEN SARAWAK PERKASA PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM KEMPEN 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG DI KAWASAN KUCHING DAN PADAWAN

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak memperkasa penglibatan komuniti dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Program JIWA@Komuniti serta Kempen ‘1 Rumah, 1 Jalur Gemilang’ di sekitar Kuching dan Padawan, hari ini.

Program tersebut dimulakan di Masjid India Bandar Kuching dan Gereja St. Peter bagi penyerahan kit ‘1 Rumah, 1 Jalur Gemilang’ serta pemasangan bendera Jalur Gemilang di kedua-dua lokasi.

Di Masjid India Bandar Kuching, kit berkenaan diserahkan oleh Pengarah JAPEN Sarawak, Sabri Said, kepada Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Masjid India Bandar Kuching, Datu Mohamed Ali Mohamed Sheriff, manakala di Gereja St. Peter, kit berkenaan diserahkan kepada Rector of St Peter Church, Rev. Father Vincent Chin.

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kampung Segu Bunuk, Padawan bagi menjayakan Program JIWA@Komuniti HKHM 2026 yang melibatkan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat termasuk gotong-royong, pemasangan Jalur Gemilang, persembahan Prelude PENTARAMA, pertandingan pakaian tradisional kanak-kanak dan literasi maklumat.

Menurut Sabri, Program JIWA@Komuniti bertujuan mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat, menyampaikan maklumat yang tepat serta mendengar pandangan rakyat di peringkat akar umbi.

“Jabatan Penerangan Malaysia bukan hanya hadir untuk menyampaikan dasar kerajaan tetapi kami juga mahu mendengar suara masyarakat seperti apakah keperluan penduduk, apakah cabaran yang dihadapi dan bagaimanakah maklumat kerajaan dapat disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk Kampung Segu Bunuk menyokong Kempen ‘1 Rumah, 1 Jalur Gemilang’ dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, balai raya, premis perniagaan dan kenderaan.

“Kibaran Jalur Gemilang bukan hanya untuk mencantikkan kampung tetapi ia merupakan tanda bahawa kita menghargai keamanan, kebebasan dan keharmonian yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.

Program turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz Kahoot dan pertandingan pakaian tradisional kanak-kanak serta simbolik pemasangan papan tanda Program JIWA@Komuniti HKHM 2026.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JAPEN Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Dr. Nicholas Balawing Ibas, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Freda Mathew Manggi, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Hairol Hisham Hamdan, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Dr. Ngalih Tingi, kakitangan JAPEN Sarawak serta penduduk dan komuniti setempat. -PENERANGAN-

Sumber: Facebook Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾