HKHM 2026 l KEMPEN BULAN KEBANGSAAN 2026 BPLANT






HKHM 2026 l KEMPEN BULAN KEBANGSAAN 2026 BPLANT
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Boustead Plantations Berhad (BPlant) telah melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan BPlant 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga BPlant.
Pada sesi Boustead Plantations Townhall 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos lalu, majlis peluncuran Bulan Kebangsaan BPlant 2026 telah diadakan, disusuli dengan lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai tanda komitmen warga BPlant untuk terus menghayati prinsip Rukun Negara serta memperkukuh nilai perpaduan, keharmonian dan tanggungjawab bersama.
Pelbagai aktiviti menarik menanti warga BPlant sepanjang Bulan Kebangsaan, termasuk Pertandingan Menghias Ruang Kerja Sempena Bulan Kebangsaan dan Pertandingan Peragaan Pakaian Bulan Kebangsaan.
Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, kami hidupkan semangatnya! Nantikan kemeriahan, kreativiti dan semangat patriotisme warga BPlant sepanjang Bulan Kebangsaan 2026.
Sumber: Facebook Boustead Plantations Berhad (BPlant)
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


