HKHM 2026 I PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 DAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH

HKHM 2026 l PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 DAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH

30eb3856-48ca-48f5-a344-d16935c2bb78
7fcc271d-1390-4f3c-8619-5e63cdefe452
6b867986-9a42-4b9a-9220-26cca14decf8
f0245b9e-b8b7-4a11-a3c4-04af6091b74d
f6193e42-4346-49d6-9ee5-5fc76708cfff
ce85a070-12c6-4e1f-b013-b454975814fd
2702121b-0fc0-4860-a45d-c8f246e322fc
8218f8eb-2281-4cd3-8b77-c17efee999e3
c1997444-e6e9-4b82-a1f4-836984128d3a
8075f4d1-f5b3-4ec7-8dcc-b25b14c7f609
a0f8c85a-afbb-415d-9f68-d3d42ff4d257
2050e9e7-a10a-4af5-bb50-4b1ad0b0202b

HKHM 2026 l PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 DAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH

Tarikh: Ahad, 16 Ogos 2026

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menjadi lokasi pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia (HKHM) dan Kembara Merdeka @ JAGO Peringkat Daerah Kuala Pilah. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Adnan bin Hj Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah pada pagi tadi.

Program dimulakan dengan ketibaan YB Ahli Parlimen Kuala Pilah, diikuti sarapan pagi, sesi menandatangani buku lawatan, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta ucapan aluan. Acara diteruskan dengan simbolik penyerahan Kit Jalur Gemilang kepada YDH KPD Kuala Pilah dan Ketua-Ketua Polis Balai, diikuti simbolik melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan polis sebelum konvoi Kembara Merdeka @ JAGO dilepaskan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, di samping memupuk perpaduan serta keharmonian masyarakat melalui penglibatan pelbagai kaum dan agensi. Program ini turut meningkatkan kesedaran terhadap sejarah, kemerdekaan dan kedaulatan negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Turut hadir, Puan Nawal binti Mohammad Amin. Pegawai Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Sabri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, serta YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah. Turut hadir YDH DSP Tuan Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Puan Siti Noorezrin binti Mahmod, Pegawai Penerangan Kuala Pilah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai IPD Kuala Pilah serta peserta konvoi Kembara Merdeka @ JAGO daripada agensi-agensi di Kuala Pilah dan Jempol.

Semoga semangat Malaysia MADANI, patriotisme dan cintakan Jalur Gemilang terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga! 🇲🇾
Malaysia Teguh, Rakyat Bersatu!

Sumber: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾