HKHM 2026 I SEMARAKKAN KEMERDEKAAN PERINGKAT JPJ NEGERI SELANGOR

HKHM 2026 l SEMARAKKAN KEMERDEKAAN PERINGKAT JPJ NEGERI SELANGOR

c85352dd-9d48-4e35-bc36-6db065edfb89
18cde643-0042-48a2-9e32-79339af1fb10
1ed3b4b9-a965-47eb-91f1-1df8e851e447
66ba83ca-61b3-4f40-bc01-b82a18880336
72f9305a-583a-4931-8fea-fa7889748dcf
a826573a-023b-4edc-be7f-9c087029865e

HKHM 2026 l SEMARAKKAN KEMERDEKAAN PERINGKAT JPJ NEGERI SELANGOR 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Rekreasi JPJ Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Semarak Kemerdekaan Peringkat JPJ Negeri Selangor bertempat di Dewan Setia, JPJ Negeri Selangor.

Majlis ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kecintaan terhadap negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja JPJ Negeri Selangor.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Pengarah JPJ Negeri Selangor, bersama Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta Ketua-Ketua Stesen Penguatkuasa.

Majlis ini menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Semoga penganjuran majlis seumpama ini dapat diteruskan sebagai wadah untuk menyemarakkan semangat Malaysia MADANI melalui penghayatan nilai patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Selangor

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾