HKHM 2026 l PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI















HKHM 2026 l PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI
Tarikh: Jumaat, 14 Ogos 2026
Lokasi: AEON Mall, Kulaijaya
Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, YB Puan Teo Nie Ching, menyempurnakan perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO yang berlangsung di perkarangan AEON Mall Kulaijaya, di sini hari ini.
Program berkenaan turut diserikan dengan penyerahan Kit Jalur Gemilang kepada Pengurus Pusat Membeli-Belah AEON Mall Kulaijaya, Puan Nabihah Taib, selain pengagihan Jalur Gemilang kepada pengunjung sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Pada majlis sama, YB Puan Teo turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak sebelum bersama-sama pengunjung menyanyikan lagu Jalur Gemilang, sekali gus memeriahkan suasana sambutan.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, YB Wong Bor Yang dan Pengarah Penerangan Negeri Johor, Haji Mohd Rizal Haji Redzuan.
🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Sumber: Facebook Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360Â Â


