HKHM 2026 I 5,000 JALUR GEMILANG SEMARAKKAN PETALING JAYA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

HKHM 2026 l 5,000 JALUR GEMILANG SEMARAKKAN PETALING JAYA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

e46467d9-a777-4b58-b24f-bada4d381755
57e64cd9-446f-4e09-9dab-917836b3c7d0
a4d84b49-108b-40c2-bae6-3f8f362aa4e4
e46d487d-eb94-4093-842f-cdb5b99f1add
9e40e7b5-602a-49f9-941f-a361c8c02424
7a9ecb70-63da-4662-b3af-0a142e66af97
bffeb3fc-1533-4310-a9df-623276b8d28e
7c32e25b-0437-4e18-af29-659ca2514bbd
4f39af80-61ad-4db6-9594-e1c01eb5315a
9d741f77-9778-4b60-98a3-1d625962229c
cda9fdfc-62b1-47bc-add8-1900b7b33a0d
a63bba69-4d6f-4d80-9dc0-dc561b2d921f
fa84b2a3-cc0f-428f-88b7-506e462a0d30
6ed43635-60be-4b72-b888-e113d1bb6ff9
5a67e449-8f06-4dd3-a566-6fbae40affaa

HKHM 2026 lΒ  5,000 JALUR GEMILANG SEMARAKKAN PETALING JAYA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

Sebanyak 5,000 Jalur Gemilang telah diedarkan di sekitar Petaling Jaya sempena Bulan Kebangsaan 2026, bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga bandar raya.

Kempen berkenaan dilancarkan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, sempena Perhimpunan Warga Kerja dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tahun 2026 di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 1,000 Jalur Gemilang telah dipasang di jalan-jalan protokol, premis MBPJ dan lokasi tumpuan di sekitar Petaling Jaya. Sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan di Petaling Jaya, dua Jalur Gemilang gergasi turut dipasang di Menara MBPJ.

Selain itu, sebanyak 27 buah kenderaan MBPJ turut terlibat dalam acara pemasangan dan pelepasan kenderaan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBPJ Tahun 2026.

Turut hadir ialah YBrs. Puan Hjh. Sharinaz binti Hj. Samsudin, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Mohd Fauzi bin Maarop, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBPJ, Ahli-ahli Majlis MBPJ, serta ketua-ketua jabatan MBPJ.

MBPJ berharap kempen ini dapat meningkatkan penglibatan masyarakat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, di samping memupuk semangat cintakan negara serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Usaha ini juga selaras dengan aspirasi MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya yang bukan sahaja maju dari aspek pembangunan, malah kukuh dari segi perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme.

π‘ƒπ‘’π‘‘π‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π½π‘Žπ‘¦π‘Ž π΅π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿ π‘ƒπ‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π΅π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘› π‘€π‘Žπ‘šπ‘π‘Žπ‘›

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360Β Β 

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ