HKHM 2026 l MAJLIS 'FLAG OFF' SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT PDRM 2026









HKHM 2026 l MAJLIS ‘FLAG OFF’ SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT PDRM 2026
Tarikh: Selasa, 11 Ogos 2026
Lokasi: Perkarangan Lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman
Kemerdekaan yang dinikmati hari ini bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah, sebaliknya terhasil daripada pengorbanan darah dan keringat para pejuang terdahulu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus teguh memikul amanah dalam mempertahankan kedaulatan negara, bukan sekadar sebagai satu tanggungjawab profesional, malah sebagai satu bentuk pengorbanan dan jihad dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dalam Majlis “Flag Off” Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat PDRM Tahun 2026 yang berlangsung di Pekarangan Lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid dengan penyerahan Jalur Gemilang dan “flag off” konvoi 20 kenderaan Unit Ronda Bermotosikal serta Unit Kereta Peronda PDRM sebagai simbolik bermulanya sambutan bulan kebangsaan peringkat PDRM.
Konvoi tersebut akan menyusuri jalan raya sekitar Kuala Lumpur dengan membawa mesej semangat kemerdekaan, kecintaan terhadap tanah air dan kesetiaan kepada negara, di samping menyeru masyarakat agar bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan, patriotisme dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


