HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026












HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026
Tarikh: Selasa, 11 Ogos 2026
Lokasi: Dataran Mahkota, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang
Sekitar Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Johor Bahru bertempat di Dataran Mahkota, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, semalam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO Peringkat Daerah Johor Bahru 2026 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru dan agensi-agensi lain akan menyelusuri di setiap lokasi persinggahan selama dua hari, sekali gus menyemarakkan semangat kemerdekaan menjelang 31 Ogos nanti.
Sebanyak 8 lokasi persinggahan kembara pada hari pertama manakala pada hari kedua pula, sebanyak 10 lokasi persinggahan kembara dengan pelbagai aktiviti menarik di setiap persinggahan.
Turut hadir, Pengarah Penerangan Negeri Johor, Tuan Haji Muhammad Rizal bin Haji Redzuan, Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru selaku Ketua Konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG), Puan Neily Syafiqah binti Mohamed Eusoff dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan), Pejabat Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Syed Aminuddin bin Syed Salleh.
Kibarkan Jalur Gemilang Anda.
“Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati”
Sumber: Facebook Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


