HKHM 2026 l PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO NEGERI MELAKA










HKHM 2026 l PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO NEGERI MELAKA
Tarikh: Isnin, 10 Ogos 2026
Lokasi: Kampung Tun Razak
Semarak Merdeka, Jalur Gemilang berkibar!
Kembara Merdeka Jalur Gemilang X JAGO terus mengorak langkah menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan tanah air di Kampung Tun Razak sejurus selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026. Pelepasan kembara ini telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
Kehadiran Kembara Merdeka ini bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, malah menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat seluruh rakyat dalam menyambut Bulan Kebangsaan.
Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) serta melalui sokongan terhadap inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.
Turut hadir dalam program ini adalah Pengerusi World Youth Foundation merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Pengarah JAPEN, YBrs. Encik Mazli Hamdan dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), YBrs. Encik Norazle Sulaiman.
Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga, semarakkan jiwa Merdeka dan bersama-sama kita hayati erti kebebasan serta perpaduan demi Malaysia tercinta!
Jalur Gemilang berkibar megah,
Semangat Merdeka terus menyala!
Sumber: Facebook Jabatan Penerangan Melaka
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


