HKHM 2026 I SEMARAK BULAN KEBANGSAAN: PROGRAM FUN WALK DAN KIBAR JALUR GEMILANG LPP NEGERI SELANGOR 2026

HKHM 2026 l SEMARAK BULAN KEBANGSAAN: PROGRAM FUN WALK DAN KIBAR JALUR GEMILANG LPP NEGERI SELANGOR 2026

0cd04143-8eac-43de-9466-870cf5eb499e
914ad335-6eeb-4755-995b-a022f9b3e212
68aed2ff-8b53-4593-b175-3b7df8c1e453
e89bbdc4-cbd4-42b9-add4-dca3d8fec2d4
b4975063-b1db-44bc-a50d-a60a6efc7c15
56fb1353-4491-4d91-a2e2-bcf0ebe4b50d
eb4cf645-4a0e-486f-8ade-4580be19effd
3d9fc010-87f9-4537-9a82-99095478a837

HKHM 2026 l SEMARAK BULAN KEBANGSAAN: PROGRAM FUN WALK DAN KIBAR JALUR GEMILANG LPP NEGERI SELANGOR 2026

Lokasi: Perkarangan Menara PPN Selangor

Dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat, memperkukuhkan semangat kebersamaan serta menyemarakkan semangat patriotisme, Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) LPP Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Program Fun Walk yang berlangsung dengan penuh semangat di Menara PPNS.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah LPP Negeri Selangor, YBrs. Puan Norhaslina binti Abdul Halim Lim , serta turut dihadiri oleh Yang Dipertua Kelab Sukan & Rekreasi (KSR), Encik Mohd Ridzuan bin Kassim, bersama warga kerja LPP Negeri Selangor yang memberikan komitmen dan sokongan padu sepanjang program berlangsung.

Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026, program ini turut diserikan dengan Majlis Kibar Jalur Gemilang, sebagai manifestasi rasa cinta kepada tanah air serta tanda penghormatan terhadap perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah meletakkan asas kepada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara yang dinikmati hari ini.

Penganjuran Program Fun Walk merupakan satu inisiatif yang bukan sekadar menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi medium terbaik untuk memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan semangat kerja berpasukan serta memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan warga LPP. Persekitaran kerja yang sihat dan harmoni diyakini mampu melahirkan anggota yang lebih produktif, berintegriti serta sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi, ahli peladang dan komuniti.

Turut diadakan ialah Jualan Agro MADANI yang menawarkan pelbagai produk agromakanan segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kos sara hidup pengguna, malah menjadi platform memperluaskan akses masyarakat kepada hasil pertanian tempatan di samping menyokong usaha memperkasakan ekonomi peladang serta agenda keterjaminan makanan negara.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan LPP Negeri Selangor dalam membentuk warga kerja yang cemerlang dari aspek kesihatan fizikal, kesejahteraan mental, disiplin, integriti dan semangat cintakan negara. Nilai-nilai ini merupakan asas penting dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berorientasikan rakyat.

Semoga penganjuran program seumpama ini akan terus menjadi platform yang menyatukan warga LPP, menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi serta mengukuhkan peranan LPP sebagai agensi yang komited dalam memperkasa sektor agromakanan demi kemakmuran peladang dan kesejahteraan negara.

“Jalur Gemilang Dikibar Megah, Semangat Patriotik Diperkasa, Warga LPP Terus Melangkah Cemerlang.” 🇲🇾

Sumber: Facebook LPP Selangor

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾