KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026
July 27 @ 12:00 am - September 16 @ 12:00 am

πππ πππππ πππππ ππππππππ 
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengajak seluruh warga Petaling Jaya untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Kibarkan Jalur Gemilang di bangunan kerajaan, premis perniagaan, premis swasta dan rumah kediaman sebagai lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia.
Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan, menjunjung integriti serta terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat.
Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai simbol maruah, identiti dan kedaulatan negara. 


πππ‘πππππ π½ππ¦π π΅πππππ ππππππ π΅πβππππ πππ ππππππ
