HKHM 2026 I PROGRAM ASPIRASI FELCRA BERHAD DAN KIBARAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

HKHM 2026 l PROGRAM ASPIRASI FELCRA BERHAD DAN KIBARAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

53
56
55
54
52
51
50
57

HKHM 2026 l PROGRAM ASPIRASI FELCRA BERHAD DAN KIBARAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 30 Julai 2026

๐ŸขLokasi: Auditorium Wisma FELCRA

FELCRA Berhad telah menganjurkan Program Aspirasi FELCRA Berhad di Auditorium Wisma FELCRA sebagai platform memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai sumbangan warga kerja serta menyemarakkan aspirasi organisasi ke arah kecemerlangan.

Bersempena ketibaan Bulan Kebangsaan 2026, FELCRA Berhad turut mengambil pendekatan menyemarakkan semangat patriotisme menerusi Program Kibaran Jalur Gemilang yang melibatkan penyertaan warga kerja di Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Inisiatif ini menjadi simbol kecintaan kepada negara, memperkukuh semangat perpaduan serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga kerja.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu FELCRA Maju Ke Era Baharu, diikuti bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara serta tayangan multimedia yang mencerminkan aspirasi dan hala tuju organisasi.

Majlis turut disempurnakan dengan amanat oleh YBhg. Datoโ€™ Mohamed Ismi bin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, yang menekankan komitmen berterusan FELCRA dalam memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, memperkasakan transformasi organisasi serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada peserta dan rakyat. Beliau turut menyeru seluruh warga FELCRA agar terus menghayati semangat patriotisme sebagai pemangkin kepada perpaduan, integriti dan kecemerlangan organisasi.

Turut berlangsung sesi penyampaian penghargaan yang merangkumi:
๐Ÿ… Anugerah Khidmat Setia
๐ŸŽฅ Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Sambutan 60 Tahun FELCRA Berhad
๐ŸŽญ Penyampaian Hadiah Pertandingan Persembahan Siri Jelajah CEO

Program diakhiri dengan sesi fotografi sebagai simbolik penghargaan kepada seluruh warga FELCRA yang terus komited menyokong aspirasi organisasi serta menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan dalam melakar kejayaan yang lebih cemerlang demi kemajuan FELCRA Berhad dan negara.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026.
Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kecintaan kepada Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sumber: Facebook FELCRA Berhad
ย 

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ