Menyemai semangat cintakan negara melalui kategori mewarna lukisan bagi peringkat sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun dan kategori meluahkan idea melalui lukisan bagi pelajar peringkat sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun.
Mengetengahkan kreativiti dan dapat mencungkil bakat peserta dalam pertandingan mewarna dan melukis di peringkat awal pendidikan.
Membina semangat patriotik dan cintakan negara serta jati diri di jiwa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama.
Sebagai saluran kepada Jabatan Penerangan Malaysia untuk merapatkan jurang di antara golongan remaja di samping menyampaikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan rangkaian sosial bagi tujuan penyaluran maklumat dan dasar-dasar negara di peringkat akar umbi.