HKHM2026 I MAJLIS PENGUMUMAN LOGO DAN TEMA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

HKHM2026 I MAJLIS PENGUMUMAN LOGO DAN TEMA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, YB Datuk Fahmi Fadzil, telah mengumumkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, iaitu “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” semasa sesi sidang media mingguan pada 26 Jun 2026.

Tema tahun ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera berteraskan gagasan Malaysia MADANI. Berpaksikan nilai-nilai keadilan, kemanusiaan dan kebajikan, tema ini menegaskan bahawa kesejahteraan negara hendaklah dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.

Turut hadir, kepimpinan tertinggi kementerian iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Datuk Bahria Mohd Tamil; Setiausaha Bahagian (Pengurusan), Datuk Aminurrahim Mohamed dan Ketua Pengarah JAPEN, Encik Erwin Khairul Ahmad.