HKHM2025 I TAKLIMAT KONTINJEN PERBARISAN DAN PETUGAS BAGI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Lokasi: Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Aras 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Taklimat ini memberi penekanan kepada aspek persiapan rapi, tahap kesediaan menyeluruh serta usaha penambahbaikan oleh semua agensi dan kontinjen yang bakal menyertai perarakan berprestij pada 31 Ogos 2025 di Dataran Putrajaya.
Taklimat ini dihadiri oleh wakil kontinjen dan petugas, sekali gus menjadi platform penyelarasan dan persiapan akhir sebelum acara kemuncak.
Dengan tema “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”, sambutan tahun ini dijangka menyerlahkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap negara tercinta.
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾