HKHM2025 I RUMAH MERDEKA DI MELAKA
Pewaris Rumah Merdeka Muhammad Syafizie Osman, 28, dibantu rakannya Shahrul Nizam Abu, 23, sedang giat menyiapkan kerja-kerja mengecat semula Jalur Gemilang pada bumbung rumah itu di Kampung Morten.
Beliau yang juga pemandu bot pelancong River Cruise itu berkata, proses mengecat semula itu mengambil masa kira-kira tiga hari.
Muhammad Syafizie berkata proses mengecat semula Jalur Gemilang ni biasanya akan dilakukan setiap dua tahun sekali dan kerja-kerja pembersihan dan cucian pada bumbung Jalur Gemilang ini akan dilakukan pada setiap tiga bulan sekali.
Kebiasaanya proses mengecat semula ini dilakukan apabila tibanya sambutan Hari Kebangsaan kerana ianya untuk menambah lagi seri Rumah Merdeka serta memeriahkan lagi suasana di sekitar Kampung Morten sempena sambutan Hari Kebangsaan.
πΈ Muhammad Zulhilmi Daud | BERNAMA
Sumber: BERNAMA
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ