HKHM2025 I PROGRAM MENGENANG NEGARAWAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI – BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PROGRAM MENGENANG NEGARAWAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI – “BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN”
Tarikh: 16 September 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.15 tengah hari
Tempat: Bertam Resort & Water Park Penang, Kepala Batas, Pulau Pinang
Jom semua sertai kami dalam sebuah program istimewa sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 bagi mengenang jasa dan sumbangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima.
Antara pengisian menarik:
– Sesi Bicara Negarawan – Perkongsian oleh tokoh politik, pentadbir, dan pengkaji sejarah.
– Sesi Pengkisahan “Kisah Ayahanda Saya” – Kupasan sisi peribadi dan kepimpinan Tun Abdullah dari kaca mata anakanda beliau, YBrs. Puan Nori Abdullah.
– Pameran Negarawan Tun Abdullah
– Reruai promosi & jualan produk/perkhidmatan (agensi awam & swasta)
– Demonstrasi pemuliharaan bahan arkib oleh Arkib Negara Malaysia
Masuk adalah PERCUMA!
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Jemput datang beramai-ramai!
Cara Pendaftaran:
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang tertera atau melalui melalui pautan berikut:
Tarikh tutup pengesahan kehadiran: 11 September 2025 (Khamis)
Sebarkan hebahan ini!
Mari kita raikan legasi negarawan tersohor negara bersama keluarga dan sahabat handai.
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#Merdeka360
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾