PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI SUNGAI PELONG (KEMASYARAKATAN)
Program JIWA@Komuniti Madani Sungai Pelong – Kemasyarakatan telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 Ogos 2025 (Ahad) di Stesen Komuter Sungai Buloh.
Program kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Petaling dan KTM Berhad ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dikalangan peserta dan orang ramai sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025.
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni” diterjemahkan dengan penyertaan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Komuniti Madani Sungai Pelong, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras, anak-anak Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia dan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras serta masyarakat setempat.
Antara pengisian menarik sepanjang program ini ialah ikrar Rukun Negara, persembahan silat daripada anak-anak Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, ucapan alu-aluan oleh Encik Jamaluddin Wahab, Ketua Komuniti Madani Sungai Pelong, ucapan dan taklimat Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang oleh Encik Ruddyansjah Mahtar Hams, Pegawai Penerangan Daerah Petaling dan ucapan perasmian oleh Encik Mohd Azhar Abu Bakar, Pengurus Kanan Jabatan Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.
Peserta kemudiannya dibawa menaiki tren komuter dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Komuter Kuala Lumpur dengan berpakaian tradisonal pelbagai kaum bagi menikmati sendiri kemudahan tren komuter daripada KTMB disamping memberi pendedahan kepada peserta tentang bangunan bersejarah dan perkhidmatan keretapi yang merupakan antara warisan dan sejarah negara.
Program juga turut diserikan dengan nyanyian rangkaian lagu-lagu patriotik dan lagu tema HKHM 2025 “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, persembahan sajak patriotik, pertunjukan pakaian tradisional, Kajian Keberkesanan Program Kenegaraan dan Patriotisme 2025, edaran Jalur Gemilang dan bahan penerbitan serta kempen inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) kepada penumpang-penumpang didalam tren komuter.Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan orang ramai.
Terima kasih di atas kerjasama strategik daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Komuniti Madani Sungai Pelong, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras, Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia dan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dalam menjayakan Program JIWA@Komuniti Madani Sungai Pelong (Kemasyarakatan) ini.
Semoga semangat cintakan negara terus disemarakkan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kenegaraan!
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾