HKHM2025 I PENTARAMA MERDEKA @KLIA (13 OGOS 2025)
HKHM2025 I PENTARAMA MERDEKA @KLIA (13 OGOS 2025)
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 dimeriahkan dengan persembahan PENTARAMA Merdeka @KLIA di Balai Pelepasan KLIA 1 pada 13 Ogos 2025, Rabu bermula pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Antara pengisian menarik kepada para pengunjung adalah persembahan kebudayaan, nyanyian Lagu Patriotik, edaran Jalur Gemilang dan kuiz kenegaraan. Persembahan PENTARAMA Merdeka @KLIA berlangsung dengan penuh meriah dan dihangatkan lagi dengan kehadiran para pengunjung yang santai dan kelihatan teruja, menjadikan suasana semakin ceria.
Turut hadir, YBrs. Puan Julina binti Johan, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan YBrs. Encik Abd Hasman bin Abd Muhimim, Pengurus Besar Operasi KLIA 1.
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#JabatanPenerangan