HKHM2025 I PENTARAMA MERDEKA @HOHO (9 OGOS 2025)
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, PENTARAMA MERDEKA@HOHO meneruskan kemeriahan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Ibu Kota Kuala Lumpur dengan persembahan patriotisme (lagu-lagu patriotik dan persembahan kebudayaan), kuiz kemerdekaan dan edaran Jalur Gemilang kepada orang ramai pada 9 Ogos 2025, bermula pada pukul 7.00 malam.
Orang ramai yang hadir menyambut baik inisiatif ini dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat sebagai tanda kecintaan yang mendalam terhadap tanah air. Para pengunjung yang berada di kawasan berhampiran juga turut mengambil bahagian dalam acara persembahan.
Perjalanan bas KL Hop-On Hop-Off bermula di Sungei Wang Plaza seterusnya di Berjaya Times Square dan berakhir di Pavilion. Turut bersama, YBrs. Encik Erwin Khairul bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia.