HKHM2025 I PENTARAMA MERDEKA @HOHO (16 OGOS 2025)
Tiga jam meronda sekitar ibu kota, bas Hop-On Hop-Off (KL HOHO) yang dihiasi Jalur Gemilang ternyata menjadi tarikan setiap mata yang memandang. Sebuah bas dua tingkat berbumbung terbuka yang biasanya membawa pelancong mengelilingi ibu kota diubah menjadi ‘pentas bergerak’ bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Inilah keunikan yang ditampilkan melalui program PENTARAMA MERDEKA@HOHO, inisiatif unik hasil kolaborasi Jabatan Penerangan (JAPEN) bersama Elang Wah Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan pelancongan ikonik KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO).
Bernama turut berpeluang mengikuti jelajah program itu malam tadi (16 Ogos), dengan menaiki bas KL HOHO yang dihias menjadi pentas bergerak membawa bersama seni, lagu, tarian serta Jalur Gemilang dan berhenti seketika di tiga kawasan tumpuan utama iaitu Sungei Wang, River of Life dan Pavilion KL.
Sumber: BERNAMA
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#JabatanPenerangan