HKHM2025 I MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DI PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3

HKHM2025 I MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DI PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3

HKHM2025 I MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DI PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3

Dimaklumkan bahawa latihan persembahan sempena Hari Kebangsaan 2025 akan dilaksanakan di Persiaran Perdana, Presint 3 bermula 21 Ogos 2025 (Khamis) sehingga 25 Ogos 2025 (Isnin) melibatkan persimpangan Jalan Pembangunan ke persimpangan Jalan Kemerdekaan, Presint 3.

Sehubungan itu, laluan berkenaan akan ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah kepada semua pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan ke destinasi yang dituju.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan serta kakitangan yang bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Maklumat penutupan jalan turut dikemaskini di aplikasi Waze https://www.waze.com/events/hari-kebangsaan-2025-MY-2025-08-12 .