HKHM2025 I MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DI PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja persediaan logistik Hari Kebangsaan 2025 di Persiaran Perdana, Presint 3 telah memasuki fasa selanjutnya. Penutupan jalan akan bermula pada 13 Ogos 2025 (Rabu) sehingga 20 Ogos 2025 (Rabu). Penutupan jalan melibatkan persimpangan Jalan Pembangunan ke persimpangan Jalan Kemerdekaan, Presint 3.
Sehubungan itu, laluan menuju ke PICC akan ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya manakala laluan menuju ke Masjid Putra pula akan ditutup bermula jam 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan ke destinasi yang dituju.
Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan serta kakitangan yang bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat.