HKHM2025 I KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 11 & 12 Ogos 2025 (Isnin & Selasa)
Lokasi Hari Pertama: Dewan Terbuka Muara, Kuala Besut (11 Ogos 2025)
Sambutan meriah diwarnai dengan selawat beramai-ramai oleh 68 pelajar tahfiz, penyampaian sumbangan daripada MAIDAM kepada penerima terpilih, serta penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Komuniti MADANI sebagai simbol semangat kemerdekaan.
Lokasi Hari Kedua: McDonald’s Batu Burok, Kuala Terengganu – FELDA Neram 1, Kemaman (12 Ogos 2025)
Antara pengisian program adalah penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi KMJG Terengganu, Tuan Sait bin Yaman, kepada wakil Komuniti MADANI serta wakil agensi-agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Pejabat Daerah Besut sebagai simbol penyatuan dan semangat patriotisme.
Perjalanan akan diteruskan menuju ke Negeri Pahang selepas berakhirnya program di Kemaman.