HKHM2025 I KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG
Tarikh: 12 – 14 Ogos 2025 (Selasa – Khamis)
Lokasi Hari Pertama: Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan -Mc Donald’s Jerantut (12 Ogos 2025)
Lokasi Hari Kedua: Hotel Darul Makmur, Jerantut – Dewan Residen, Kuala Lipis – Balai Raya Kampung Orang Asli Kuala Boh, Cameron Highlands (13 Ogos 2025)
Lokasi Hari Ketiga: Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong (14 Ogos 2025)
Dari laungan “Merdeka” hingga kibaran Jalur Gemilang di setiap hentian, rakyat Pahang bersatu hati menyambut rombongan kembara ini. Jalur Gemilang dikibar megah, rakyat tersenyum bangga, dan semangat kemerdekaan terus menyala! Dari warisan bersejarah hingga alam semula jadi yang indah, kembara ini mengikat hati rakyat dari pelbagai latar belakang. Tanpa mengira jarak perjalanan, konvoi tetap mengukir memori penuh kebanggaan. Walau kembara berakhir, semangat Merdeka akan terus berkibar di setiap hati rakyat Pahang.