HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG (PERBADANAN PUTRAJAYA)
“Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni”
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini, Perbadanan Putrajaya telah mengagihkan sebanyak 13,000 Jalur Gemilang kepada Persatuan-Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga, JMB dan Sekolah-sekolah di Putrajaya untuk dipasang dan dikibarkan sepanjang kempen kibar bendera diadakan.
Gimik penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11. Dengan pelancaran ini, bermulalah kempen kibar Jalur Gemilang di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan, serta memastikan obor kemerdekaan ini terus menyala untuk diwariskan kepada generasi akan datang!
π€π²πΎπ²πΎπ²πΎ