HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG (MRT CORP)

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG (MRT CORP)

Stesen-stesen Projek Transit Aliran Massa (MRT) sekitar ibu kota hari ini dimeriahkan dengan Program Kibar Jalur Gemilang melalui pengedaran 1,500 bendera kebangsaan dan nyanyian lagu patriotik bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2025.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata program usahasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu bertujuan memupuk rasa syukur terhadap kemerdekaan negara serta menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
 
Program berkenaan bermula dengan penyerahan simbolik Kit Jalur Gemilang oleh YBrs. Erwin Khairul bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN kepada pihak MRT Corp.
 
Acara itu disusuli dengan MRT Merdeka Train Ride yang disertai lebih 200 warga kerja MRT Corp menaiki tren khas ke destinasi terpilih termasuk Pasar Seni, Tun Razak Exchange (TRX) dan Ampang Park.
 
Program turut diserikan dengan Pameran #Bersama Malaysiaku hasil penajaan bersama MRT Corp, iaitu gerakan nasional di bawah Pejabat Perdana Menteri yang mempamerkan potret wajah-wajah rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang pada 22 dinding pada semua stesen MRT.
 
Sumber: BERNAMA
 

#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾