HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang disemarakkan melalui Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat NRES Tahun 2025. Majlis penuh bersejarah ini diadakan dengan penuh semangat patriotik dan bertujuan menyemarakkan bulan kebangsaan serta memupuk kecintaan warga kementerian terhadap negara.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan yang melambangkan kepelbagaian kaum dan keharmonian masyarakat Malaysia. Kemuncak majlis adalah penyerahan Kit Jalur Gemilang oleh YBrs. Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kepada YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi yang memangku tugasΒ  Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

majlis ini memberi mesej jelas bahawa Jalur Gemilang bukan sahaja simbol kebanggaan, tetapi juga lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ