HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

Tarikh: 8 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diteruskan dalam Majlis Pelancaran Semarak Jiwa Merdeka @ KPKT yang diadakan di Lobi KPKT, Putrajaya. Program ini merupakan salah satu inisiatif KPKT bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh rasa cinta terhadap negara.

Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan ucapan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam ucapan yang disampaikan, beliau turut menekankan kepentingan semangat perpaduan, cintakan tanah air, dan peranan semua warga KPKT dalam menghayati makna kemerdekaan.

Majlis diteruskan dengan gimik perasmian Bulan Kemerdekaan, diikuti nyanyian lagu Jalur Gemilang yang membangkitkan rasa bangga dan semangat patriotisme dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia. Majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan Kit Jalur Gemilang oleh YBrs. Puan Rubaayah binti Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia kepada YB Menteri KPKT.

Kemuncak acara adalah Flag Off pelepasan jentera bomba di perkarangan KPKT dan diakhiri dengan persembahan bertenaga daripada Pasukan Ultras BOMBA sebagai penutup majlis dengan suasana meriah dan penuh semangat.