HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF)
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang disemarakkan melalui Majlis Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2025 anjuran Kementerian Pertahanan bertempat di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini diadakan dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.
Majlis dimulakan dengan perarakan Kontinjen Merdeka MINDEF, diikuti nyanyian Lagu Negaraku diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai simbolik penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri Pertahanan menekankan pentingnya semangat perpaduan serta penghayatan nilai kemerdekaan dalam kalangan warga pertahanan dan seluruh rakyat Malaysia. Seterusnya adalah penyerahan Kit Jalur Gemilang daripada YBrs. Puan Rubaayah binti Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), Jabatan Penerangan Malaysia secara simbolik kepada Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Majlis turut disemarakkan dengan “Flag Off” Kembara Merdeka MINDEF yang menjadi simbol semangat perjuangan dan pengorbanan warga pertahanan demi kedaulatan negara.
Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung penuh meriah dan bermakna. Semangat patriotisme jelas terpancar apabila seluruh warga Wisma Pertahanan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan.
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾