HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Tarikh: 1 Ogos 2025 (Jumaat)

Tempat: Perkarangan Blok E14, Kementerian Pendidikan Malaysia

Telah berlangsung acara Riadah Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pendidikan (KPM) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025.

Acara riadah ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kementerian bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Ianya merupakan salah satu inisiatif bagi usaha memupuk rasa kecintaan terhadap negara melalui aktiviti riadah sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan terhadap sambutan Bulan Kebangsaan.

Turut hadir ialah YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha KPM, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,  Pengurusan Tertinggi serta warga KPM.

YBrs. Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada YB Menteri Pendidikan sebagai simbolik bagi Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.