HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (KUSKOP)
Tarikh: 13 Ogos 2025 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah berlangsung dengan penuh meriah di Menara Kembar Bank Rakyat. Program ini menghimpunkan warga kementerian serta wakil daripada pelbagai agensi di bawah KUSKOP sebagai platform memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan.
Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam, diikuti Bacaan Ikrar Rukun Negara yang menzahirkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kementerian.
YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang pencapaian, cabaran, dan hala tuju strategik KUSKOP pada masa hadapan. Majlis diteruskan dengan penyerahan Sijil Projek Reformasi Karenah Birokrasi KUSKOP bagi Tahun 2024 kepada bahagian dan agensi yang terlibat sebagai pengiktirafan usaha mereka dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Sebagai simbolik Bulan Kebangsaan, sesi penyerahan Kit Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Normaizatulakmal binti Tujad, Pengarah BMKK, Jabatan Penerangan Malaysia kepada YB Menteri KUSKOP. Seterusnya, warga KUSKOP menzahirkan komitmen integriti melalui Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Tahun 2025 dan sesi menandatangani IBR bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).